Selasa, 18 Ogos 2015

BIHUN NOXXA

BIHUN GORENG (jenama SUFI 1 bungkus) 1.Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah). 2. Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh. 3. Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker) @ 500ml. Masukkan sayur 4. Tekan fungsi steam 3 kali. Kemudian tekan butang merah 5. Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang

Isnin, 24 Oktober 2011

CARA HAFAL FORMULA MATEMATIK MELALUI LAGU

  Kalau ada masa terluang, boleh lah tonton video ini. Menarik kerana melalui lagu kita boleh hafal formula matematik:-)...cubalah!

Ahad, 16 Oktober 2011

BENTUK DAN RUANG



                                KUBUS


            Kubus ada 6 permukaan rata, 8 bucu, dan 12 sisi. Semua permukaannya sama besar.


                                                 KUBOID

                           Kuboid mempunyai 6 permukaan rata, 8 bucu, dan 12 sisi. Tidak semua permukaannya sama besar.




                                                  PIRAMID
            Piramid mempunyai 5 permukaan rata, 5 bucu dan 8 sisi. Tapak piramid berbentuk segiempat.



                                                     KON

             Kon mempunyai 1 permukaan rata, 1 permukaan melengkung, dan 1 sisi.


                                                                     SILINDER

               Silinder mempunyai 2 permukaan rata, 1 permukaan melengkung, dan 2 sisi.


SFERA

             Sfera mempunyai 1 permukaan melengkung sahaja. Sfera tiada bucu dan tiada sisi.

Khamis, 29 September 2011

MODUL NUMERASI KSSR MATEMATIK TAHUN 1

NOMBOR BULAT HINGGA 100

SALAM PERKENALAN

 Alhamdulillah satu pautan telah berjaya saya terbitkan setelah mencuba-cuba:-)
Diharap kita dapat manfaatkannya untuk anak didik kita..InsyaAllah saya akan masukkan lebih banyak info dalam blog saya ini untuk kegunaan kita bersama..
Dengarkan lagu ini sebagai tanda perkenalan kita..Bye

LATIHAN ONLINE

KUIZ MATEMATIK